Buku

Pertemuan Musim Semi

Penulis: Zubaidah Ishak

ISBN: 9789674302252

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori:

Beli Dalam Talian:

Kacak dan rupawan, dua unsur semula jadi yang menjadi idaman dan rebutan, tetapi tidak pada diri orang yang rasional. Nasrullah kacak, Malikah cantik. Kedua-duanya, melalui pandangan pertama pada musim semi, saling tergoda walaupun kedua-duanya tidak berusaha untuk menggoda. Kerana tergoda, Nasrullah melangkah berani-berterus terang tentang isi hatinya yang bakal terjalin di luar sempadan - yang seorang Palestin, yang seorang Malaysia - kerana Islam tiada sempadannya, mereka bersatu melalui pernikahan. Detik-detik bahagia pun bermula.

Kerana Nasrullah pejuang tulen, kesentosaan di Malaysia tidak membahagiakan raga. Walaupun jiwa isteri bergelora, antara ingin memilikinya sendiri atau menyerahkannya kepada agama, isteri memilih agama. Suami yang dicintai dibenarkan kembali ke tanah itu tanah air seluruh umat Islam. Bukan kecil dugaan yang didepani oleh si isteri yang ditinggalkan tanpa khabar kerana suami menjadi buruan Yahudi Sahyuni.

Pertemuan Musim Semi bukan sekadar cerita cinta dua manusia dari dua negara yang bersatu atas nama Islam, tetapi cerita yang membuka mata manusia tentang erti pengorbanan, erti perjuangan, erti kasih sayang, dan erti persahabatan.