ISBN: 9789670798011
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)
Dr. Farhan Nizami mengimbas secara tuntas akan sejarah keagungan dunia Islam dan cabaran semasa yang dihadapi kini. Pelbagai isu seperti identiti umat Islam yang tercalar dan perlu dikembalikan keunggulannya, penguasaan ekonomi, senario politik pascapenjajah, “ummatan wasatan” (kesederhanaan yang diterajui Malaysia), isu halal haram, kewangan Islam, serta konsumerisme dibincangkan dengan panjang lebar.
Displin mental dan moral, komitmen kepada agama yang menjadi teras pegangan umat Islam ditekankan kepentingannya dalam menghadapai cabaran semasa yang semakin hebat melanda dunia Islam. Ringkasnya, kembali kepada amalan Islam dan kesedaran keagamaan menjadi faktor penyelesaian segala permasalahan umat Islam.