ISBN: 9789670892573
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 80.00 / 85.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Pendidikan, Sains, Umum
Aiskrim atau serbat, daging merah atau ikan, buah-buahan atau pastri, telur atau mil oat - kehidupan kita penuh dengan pilihan tentang apa-apa sahaja yang kita makan. Itulah sebabnya buku Lori Smolin dan Mary Grosvenor, PEMAKANAN: Sains dan Penerapannya, Edisi Keempat, membantu anda memahami cara menganalisis maklumat pemakanan dan menggunakan pengetahuan anda terhadap isu pemakanan yang anda hadapi setiap hari.
Buku yang dikemas kini dengan menyertakan Rujukan Pengambilan Diet (DRI) baharu yang diterbitkan pada musim luruh 2002, edisi keempat ini memberikan liputan baharu dan meluas tentang topik pemakanan paling maju seperti hubungan antara genetik dengan pengawalan berat badan dan kesan ekologi makanan diubah suai secara genetik serta pengeluaran makanan organik. Di samping itu, edisi ini membuat sorotan bab baharu, Memenuhi Keperluan Nutrien: Makanan lawan Makanan Tambahan, yang membincangkan manfaat dan keburukan memenuhi keperluan pemakanan dengan makanan, makanan diperkuat, dan makanan tambahan, serta peranan makanan tambahan herba.