ISBN: 9789830689784
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Pantun/Syair
Hakikatnya, orang Melayu begitu sinonim dengan pantun. Melaluinya, mereka menyampaikan sindiran, pujian, nasihat, jenaka, cinta dan hampir setiap perkara dalam kehidupan. Seni berpantun juga merupakan warisan sastera lisan dan melambangkan kebijaksanaan orang Melayu.
Seratus satu perkara telah dirakamkan dalam bentuk pantun yang sempurna sifatnya dan dikarang sepenuhnya oleh Nazel Hashim Mohamad. Sebanyak 1,045 buah pantun dikumpulkan untuk panduan serta menambahkan kerencaman pantun Melayu dalam buku ini.