ISBN: 9789674602475
Tahun Terbit: 2019
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Kumpulan puisi: Nyanyian Waktu, dengan 54 buah sajak, apabila ditaakul dengan saksama, punyai peringatan besar kepada khalayak pembaca. Soal kebejatan akhlak dan soal integriti, soal kecintaan dan kasih sayang, soal amanah dan tanggungjawab baik dalam kalangan masyarakat yang muda mahupun yang dewasa, didedahkan penyair dengan penuh sedar. Semua ini dilaksanakan penyair atas tanggungjawabnya sebagai hamba Allah dalam menyedarkan hamba Allah yang lain supaya mengamalkan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar. Tidak lupa penyair mengajak setiap hamba Allah agar menyebarluaskan kasih sayang mereka – kepada diri sendiri, hamba yang lain, agama yang dianuti, tanah air, serta budaya dan bahasa. Segala-gala yang ditampilkan oleh penyair, sama ada dalam kiasan yang sinis dan tersirat, atau dalam bicara langsung yang bersahaja, menampakkan kematangannya dalam menanggapi subjek yang disinggulnya. Wajah yang diciptakan dalam pelbagai rupa pada langit, pada laut, pada gunung dan rawa-rawa itu masih juga berbaur warna pelangi yang menjadi petanda masa lalu yang belum lengkap yang belum tersusun pengalaman detik dan titik.