ISBN: 9789674304737
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Puisi Remaja
Hilmi Rindu mengunjungi kenangan dan memori masa kecilnya dalam fragmen Selupat Pucuk. Dia kembali menjadi anak kecil yang bermain dengan alamnya dan melukis sketsa kampung yang sederhana tetapi meriah. Kemudian, diam-diam dia membangunkan fragmen Rumah dalam ingatannya. Dari pintu rumah sehinggalah ke kain-kain yang tersimpan rapi di dalam almari, dia menggambarkan semuanya menarik dan dekat dengan pembaca. Kemudian, dia menjelma menjadi dewasa dalam fragmen Sayur Lemak Pucuk Kemudu, laksana seorang bapa yang berkongsi ilmu dan pengalamannya kepada anak-anak.
Daripada mimpi yang jauh sehingga kepada sepi yang penuh, Hilmi Rindu menampilkan diri dan kenangan lalunya dalam bahasa yang langsung dan sederhana. Mimpi Kotaku sebuah kumpulan puisi yang membawa kita ke dalam ingatan masa lalu.