Perasaan berdebar apabila berada di atas pentas sesuatu yang lumrah, yang akan dilalui oleh setiap insan terutamanya apabila telah dipertanggungjawabkan untuk mengacarai atau memberikan ucapan di majlis-majlis rasmi yang diadakan di tempat kerja atau sebagainya. Kita akan menjadi lebih bimbang apabila melihat mata-mata tetamu yang hadir terarah kepada setiap tingkah laku kita dan meneliti setiap bait ucapan yang diungkapkan di atas pentas. Untuk mengelakkan sebarang kesalahan ucapan dan mengusir rasa debar di hati, persediaan yang baik harus dilakukan agar ucapan kita tidak kekok dan majlis yang dikendalikan berjalan lancar seperti yang diharapkan.
Buku mengusir debar di pentas: teks pengumuman, juruacara, dan perasmi majlis karya norsalawati mohd jaya ini dapat memandu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh penulisan teks ucapan, pengumuman, dan juruacara majlis sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh untuk penyediaan bahan ucapan majlis-majlis rasmi. Buku ini dapat membantu kita agar sentiasa bersedia dan tidak gentar apabila dipilih untuk berada di atas pentas sebagai jurucara, perasmi majlis mahupun untuk memberikan pengumuman. Jangan gentar!