Ketahui langkah mudah tetapi berkesan yang dapat anda lakukan untuk mengatasi gangguan emosi dan berasa lebih gembira, lebih tenang dan lebih yakin. Buku yang mampu mengubah hidup ini telah pun membantu lebih daripada 1,000,000 pembaca menggunakan terapi tingkah laku kognitif – satu daripada bentuk psikoterapi hari ini yang paling berkesan – untuk mengatasi kemurungan, keresahan, serangan panik, marah, rasa bersalah, malu, rendah harga diri, kecelaruan makan, penyalahgunaan bahan dan masalah dalam perhubungan.