Buku

Masyarakat Kelabit: Tradisi dan Perubahan Sosial

Penulis: Poline Bala

ISBN: 9789674600952

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Malaysiana

Beli Dalam Talian:

Lazada

Kelabit merupakan suku kaum yang terkecil di Pulau Borneo. Secara tradisinya, suku kaum ini mendiami Dataran Tinggi Kelabit di Pulau Borneo, namun kini mereka sudah dapat ditemukan di merata-rata tempat di Malaysia dan juga di luar negara.

Beberapa orang sarjana seperti Tom Harrisson, Toynbee dan Le Bar menyatakan bahawa sebutan “Kelabit” ini berasal daripada pertemuan pertama antara Charles Hose yang merupakan Residen Bahagian Baram yang pertama dengan beberapa orang pelawat dari Pa’ Labid yang telah melawat stesen kerajaan yang pada masa itu terletak berdekatan dengan Kuala Baram. Malangnya, pelawat-pelawat tersebut tidak tahu bertutur apa-apa bahasa yang digunakan di stesen tersebut. Apabila disoal tentang “bangsa” mereka, jawapan mereka ialah “Kami orang dari Pa’ Labid.” Sebutan “Pa’ Labid” kemudiannya telah disalahfahamkan sebagai “Kelabit” telah ditulis dalam beberapa buah dokumen kerajaan dan lama-kelamaan nama tersebut telah digunakan untuk merujuk suku kaum Lun Lam Bawang Inan atau Lun Dayeh yang menetap di Dataran Tinggi Kelabit.

Buku ini membincangkan masyarakat Kelabit secara terperinci. Ia merangkumi tentang sejarah asal usul, sistem organisasi sosial dan politik; sistem kepercayaan tradisional dan pantang larang; kegiatan perekonomian; sistem kekeluargaan, perkahwinan dan kekerabatan; tradisi dan budaya material; pengaruh luar di Dataran Tinggi Kelabit; dan perubahan masyarakat ini selepas pembentukan Malaysia.

Buku ini sangat sesuai dibaca untuk memahami dan mengenali dengan lebih mendalam salah satu kaum yang terdapat di Pulau Borneo ini.