ISBN: 9789670798349
Tahun Terbit: 2019
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Kecenderungan penulis mengkaji dan menghasilkan puisi-puisi yang berpaksikan kerohanian dalam diri umat manusia menjadikan kumpulan puisi ini sesuatu yang istimewa dan berharga. Usaha penulis untuk menggabungkan dunia bahasa dan dunia Islam telah diterjemahkan dengan sebaik-baik mungkin, secara jujur dan telus melalui bait-bait puisinya yang begitu mengesankan.
Dengan penuh kesedaran, penulis mengangkat tema keagamaan yang mendominasi sebahagian besar nukilan beliau dalam buku ini secara harmonis untuk dihubungkaitkan dengan situasi dan perkembangan semasa yang signifikan.
Renungkanlah maksud yang tersirat di sebalik unsur manusiawi yang terkandung dalam naskhah ini. Adakah jasad kita, akal kita, hati kita mahupun roh kita bersifat MANUSIAWI?