ISBN: 9789674307639
Tahun Terbit: 2019
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Pemikiran Suwanlerd dinamai pemikiran sosial. Pengarang, pemerhati kehidupan dalam masyarakat. Sebagai pengarang, dia bijak mentafsir. Tafsirannya diperhalus untuk diadunkan dalam karyanya. Sebab itu, sajak Suwanlerd menyentuh perasaan pembaca.
- Dr. Lim Swee Tin – Majalah PESILA, 2007.
Puisi-Puisi yang diteliti jelas mengikut gaya dan pendekatan peribadi Suwanlerd. “Melihat” puisi bukan perkara yang mudah seperti yang disangkakan. Banyak harus ditekankan dari sudut bahasa, imejan, tema struktur dan pengolahan. Daripada pengamatan tersebut dia sememangnya seorang penyair yang memahami pengimbangan pengalaman dan cetusan idea peribadi yang sarwajagat dan dapat dihadamkan, menimbulkan tekstur dalaman yang penuh intim kritis sekaligus.
- Dr. Ahmad Razali Yusof – Dewan Sastera, Ogos 2013.