ISBN: 9789674603878
Tahun Terbit: 2019
Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)
“Uzlah” ertinya mengasingkan diri untuk bermunajat kepada Allah SWT. “Tamyiz” pula bermaksud dapat membezakan antara baik dengan jahat. Seyogia, Kumpulan Puisi: Malam Uzlah Hati Tamyiz ini banyak mendapat tempat di hati khalayak pembaca, khususnya yang menggemari puisi-puisi yang berteraskan ketuhanan dan kerohanian. Penyair bijak menghubungjalinkan unsur alam seperti mentari, bulan dan hujan dengan makrifatullah, namun tidaklah sampai memberatkan minda pembaca kerana kesederhanaan dalam memilih diksi menjadikan ungkapan bait-bait puisinya tidaklah sesukar mana untuk difahami dan dihayati. Semua ini selari dengan naluri kepenyairannya yang senantiasa menginginkan khalayak pembaca dekat dan selesa dengan karya-karyanya.
“Puisi harus dibaca dan diresapi.”