ISBN: 9789674303334
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)
Sebagai pasangan suami isteri, mereka menempuh pelbagai rencah asam garam hidup berumah tangga. Kadang-kadang mereka bertengkar, tetapi selalunya mereka sering bergurau senda. Suami isteri ini mempunyai perwatakan yang bertentangan; si suami penyabar, isterinya panas baran. Dan perwatakan yang berbeza inilah yang banyak menyelamatkan pelayaran mereka di lautan rumah tangga.
Namun ada suatu rahsia antara mereka.
Dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah, ringkas dan bersahaja,dan teknik penceritaan daripada pelbagai watak, Nazrul Kama telah mengungkapkan suatu kisah yang selalu hadir dalam kalangan masyarakat kita; suatu kisah yang menarik untuk dihayati.