ISBN: 9789674603137
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
“Pada puisilah laman saya bercerita, mencurahkan segala yang mampu saya larik daripada runtunan emosi dan peristiwa yang tidak mampu saya gendong, saya bendung. Berjalan di atas bumi dengan jari mencengkam tanah, memijak serpihan kaca dan paku yang berceracak halus tertimbus pasir, meniti di jambatan yang reput dan lolos, melalui lorong hidup yang basah dan rapuh….”
Demikian penulis melukiskan daerah kedirian, memilih kata-kata dan menyusun baris-baris puitis melalui himpunan puisi yang terkandung di dalam kumpulan puisi ini. Memilih daerah “Langit Bumi- Lautan” menjadikan puisi-puisinya ini tebal dengan rasa kemanusiaan, dan pemahaman tentang kehidupan. Puisi-puisinya bersifat personal sekali gus universal menjadikan ia bukan sahaja tercetus daripada pengalaman peribadi penulis tetapi juga jauh menjengah permasalahan dunia.