Ianya menghimpunkan 26 buah cerpen daripada berpuluh-puluh cerpen lain yang disempurnakan Atondra semenjak tahun 1970-an sehinggalah ke tahun 2000. Kumpulan cerpen ini diberikan nama sedemikian sebagai mewakili diri Atondra yang hampir sepanjang hayatnya menjadi penghuni setia Kuala Lumpur.
Cerpen-cerpen yang terkandung dalam kumpulan ini bukanlah cerpen-cerpen hujungan bagi Atondra. Atondra tidak pernah berhenti menulis dan beliau masih tetap menyusun aksara-aksara kreatifnya sehingga kini. Atondra menulis sesuatu yang sangat dekat dengan hatinya, kisah hidup dan kehidupan manusia yang wujud di sekeliling beliau. Dan, Sebuah Wilayah Bernama Kuala Lumpur adalah sebahagian daripadanya.