ISBN: 9789674604998
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
“Besok, perempuan yang saban hari hidup di dalam ombak itu pasti akan kembali lagi!” Suara pemandu pelancong segera menyedarkan penumpang-penumpang bot pelancong.
Kumpulan Cerpen: Perempuan Dalam Ombak ini memuatkan karya-karya yang sesuai dibaca pada semua peringkat usia sama ada remaja ataupun dewasa. Selain penggunaan bahasa yang mudah difahami, khalayak pembaca juga didedahkan dengan nilai-nilai kemanusiaan dan mesej yang tidak terlalu sukar untuk dikesan.
Penulis, dengan penuh kesedaran membawa khalayak pembaca menelusuri sisi-sisi kehidupan manusia yang kadangkala mudah ditanggapi, tetapi sukar dimengerti melalui himpunan cerpen yang terkandung dalam buku ini, dengan harapan kisah-kisah yang tertulis mampu menggerakkan kemanusiaan ke arah lebih tinggi.