ISBN: 9789674307134
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Nordin Saad, meramu tema cerita yang beragam dalam buku ini. Pengarang menukilkan cerita sehariannya secukup rasa laksana semangkuk kuah laksa yang mempunyai bahan yang unik. Manakala teknik penulisan yang digunakan mudah untuk difahami untuk semua peringkat usia.
Seperti judul kumpulan cerpennya, meskipun hal-hal yang dituliskan seperti isu kekeluargaan, bahasa dan budaya telah berulang kali dituliskan oleh pengarang yang lain, ada kelainan yang menggamit hati membacanya. Seperti semangkuk bihun goreng bisas, apabila dimakan bersama kuah laksa, memberikan aroma rasa asing yang menyelerakan, begitu juga cerpen-cerpen di dalam buku ini.