ISBN: 9789830685908
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 55.00 / 60.00 (Sabah & Sarawak)
Kajian perbandingan karya sastera di Indonesia dan Malaysia banyak dilakukan oleh para penyelidik. Namun usaha untuk mengkaji secara mendalam tentang kemunculan novel di Indonesia dan Malaysia masih belum ada. Terbitan ini mengupas dengan terperinci perkembangan awal karya sastera di Indonesia dan Malaysia sehingga mendorong kemunculan novel di kedua-dua negara dan perbandingannya. Perkembangan penulisan novel dipengaruhi pelbagai faktor yang menarik selaras dengan perkembangan mesin cetak. Menyelami hasil terbitan ini, pembaca akan melihat aspek yang mempengaruhi novel berdasarkan keadaan semasa di Indonesia dan Malaysia, latar masa, watak dan perwatakan dan juga latar tempat. Ini secara tidak langsung akan menjelaskan salah faham bahawa sastera Indonesia dan Malaysia adalah sama lantaran kedua-duanya serumpun. Buku ini boleh dijadikan panduan kepada mereka yang terlibat dalam kajian sastera bandingan untuk melihat aspek lain dalam kajian sastera.