ISBN: 9789674606886
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)
Penerbitan buku ini secara langsung menunjukkan dinamisme korpus komunikasi di Malaysia yang dimulai dengan tinjauan terhadap aspek persuratkhabaran negara. Ia didominasi bidang kewartawanan pada peringkat awal selari dengan peranannya sebagai tunjang utama kepada korpus komunikasi sekali gus membawa kepada peranan dan sumbangan komunikasi media kepada negara. Secara keseluruhannya terdapat lima bab utama yang dimuatkan di dalam buku ini, meliputi aspek kewartawanan, filem dan falsafah, media baharu dan keretakan hegemoni serta negara dan media. Buku ini sesuai untuk bacaan umum, pengamal komunikasi media serta pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang ingin mendapatkan wajah tempatan dalam perbincangan yang melibatkan komunikasi dan media.