ISBN: 9789674604875
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 55.00 / 60.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Pendidikan, Sukan, Umum
Kesibukan yang bersifat keduniaan sering menyebabkan manusia kurang bergerak dan mengalami tekanan yang dapat mengakibatkan pelbagai penyakit tidak berjangkit, khususnya orang yang tidak bersukan atau tidak menjalani gaya hidup yang sihat.
Salah satu cara untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan adalah dengan mengamalkan sukan kesihatan. Kesan daripada sukan kesihatan ini, pelakunya bukan sahaja sihat dalam keadaan statik, tetapi juga sihat dan berupaya bergerak untuk melakukan aktiviti kehidupan hariannya secara dinamik.
Buku ini menghuraikan dengan terperinci tentang hubung kait antara sukan dengan kesihatan, cara bersukan untuk kesihatan, jumlah sukan yang perlu dilakukan supaya menjadi lebih sihat dan persoalan penting lain yang berkait dengan kesihatan.
Pada asasnya, buku ini membimbing pembaca untuk mencapai tahap kesihatan yang sesuai dengan konsep kesihatan WHO, iaitu sejahtera fizikal, mental dan sosial, tidak hanya bebas daripada penyakit, kecacatan, atau kelemahan.