ISBN: 9789674602710
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Hidup ialah kisah dan perjalanan yang terlalu peribadi bagi kebanyakan orang, namun sebilangannya sedia dikongsi dengan khalayak lain. Demikianlah pengarang, lewat Kumpulan Puisi: Hujan Di Tapak Tangan ini, telah mengadunkan sebahagian daripada pahit manis pengalaman hidupnya dengan jujur dan polos, untuk diselami oleh khalayak pembaca. Melalui 50 sajak dalam kumpulan puisi ini, hal-hal tentang hidup sebagai anak kampung, impian masa depan, nasib bahasa dan bangsa, politik, patriotisme, nikmat alam, dan kenang-kenangan terhadap insan tersayang, dikongsi sejujurnya. Idea dan fikiran yang muncul daripada mata fikir dan naluri halus pengarang mengalir dan meresap ke dalam naluri pembaca melalui bahasa dan bicaranya yang bersahaja. Titik pertemuan ini, apabila digabungkan dengan wajar, memperjelas hakikat rasa saling memerlukan antara satu sama lain, bagaikan hujan dari langit yang membasahi padang hati yang serba kontang. Sajak-sajak dalam kumpulan ini, moga-moga, akan dapat membuka mata khalayak pembaca tentang sisi lain dalam kehidupan masyarakat dan perkara-perkara besar yang dipicingkan oleh masyarakat.