Buku

Gelandangan Antara Tret Personaliti dan Religiositi

Penulis: Rafiza Mohamed

ISBN: 9789670798301

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Bisnes & Pengurusan

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Gelandangan bermaksud tidak mempunyai pekerjaan atau tempat tinggal yang tetap. Selalunya, perkataan “gelandangan” ini membawa suatu gambaran yang agak bersifat negatif, berada pada sisi gelap, tidak terurus dan selalu diasosiasikan dengan masalah sosial.

Dengan menjadikan Pusat Rujukan Intervensi Anjung Singgah (PRIAS), iaitu penempatan sementara untuk orang gelandangan, penulis telah membuat kajian mengenai sekelompok kumpulan masyarakat marginal ini. PRIAS dipilih oleh penulis kerana para gelandangan di sini lebih mudah didekati lantaran mereka ini terikat dengan peraturan dan disiplin di penempatan sementara ini.

Buku ini membawa kita untuk memahami dengan lebih jelas maksud gelandangan, sambil mengupas isu ini dengan bersandarkan kepada teori-teori yang daripada perspektif Islam dan Barat. Tidak banyak buku ilmiah yang ditulis dalam bahasa Melayu bagi membincangkan isu gelandangan ini. Maka dengan terbitnya buku ini, diharapkan ia akan dapat menjadi sumber rujukan kepada sesiapa sahaja yang ingin memahami kelompok gelandangan ini.