Buku

Falsafah Sejarah Ibnu Khaldun: Kajian Tentang Dasar Falsafah Ilmu Budaya

Penulis: Muhsin Mahdi

ISBN: 9789674304294

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Falsafah

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee Bookcafe

Adakah sains sejarah dan budaya mewujudkan kebanjiran falsafah, atau bidang ini sebenarnya yang ketandusan asas falsafah?

Buku ini cuba merungkai permasalahan ini melalui kajian yang dilakukan oleh mungkin satu-satunya pemikir agung yang memberikan penekanan terhadap permasalahan sejarah dan budaya, yang juga telah menemukan sains yang khusus untuk menanganinya, berdasarkan falsafah Plato dan Aristotle serta pengikut Islamnya.

Buku ini merupakan kajian pertama tentang Ibnu Khaldun yang bukanlah untuk membela sains sosial moden mahupun kemodenan pemikiran Ibnu Khaldun, sebaliknya merupakan analisis dan intepretasi yang teliti terhadap karyanya. Buku ini memfokuskan tentang kajian terhadap prinsip sains budaya Ibnu Khaldun yang baharu, dan menjelaskan tentang inti pati prinsip ini dengan berlatarbelakangkan Falsafah Islam dan Klasik.

“Muhsin Mahdi melambangkan paduan yang luar biasa bagi ikatan sempurna hasil gabungan bahasa Arab dan sejarah Islam serta pengetahuan falsafah zaman pertengahan yang mantap.”- WALTER J. FISCHEL, Journal of Near Eastern Studies