ISBN: 9789674301217
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)
Sebenarnya empayar leluhur mereka sudah lama terbina. Hanya mereka tidak menyedarinya. Pencarian Wilayah Kush membawa penemuan yang tidak terduga. Empayar peninggalan Sabawaih dan Anshuka, empayar milik Mansur Kassim dan empayar Nasilah; bergaul dan sebati dalam sudut kecil sejarah Melayu hingga terlalu sukar untuk dikesan.
Duha itu ketika dia mendekati tebing-tebing batu sambil mencapai sarang burung layang-layang untuk dijual kepada pedagang dari Selat, dia ditangkap tanpa sebarang alasan. Mungkin kerana lebih setahun tidak mendekati tebing batu itu, dia sedikit lalai. Rupa-rupanya sarang burung yang berselerak dan tidak disentuh, adalah petanda bencana yang bakal menimpa. Ketika asyik memerhati perahu panjang orang Ballalini melepasi tebing batu itu, dia terperangkap.
“Lari Anshuka! Lari! Lari!”