ISBN: 9789674604356
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 55.00 / 60.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Sastera Kebangsaan (Bahasa Asing)
Doña Bárbara menceritakan kisah tentang pertelingkahan besar antara dua keluarga bersaudara dalam perebutan mewarisi kawasan kebun dan ladang yang luas di daerah dataran Venezuela. Watak Doña Bárbara, wanita jelita penuh misteri dan berkuasa, menyimpan dendam kesumat terhadap seluruh kaum lelaki. Tatkala saudaranya Santos Luzardo, anak jati ladang yang mendapat pendidikan di kota besar, pulang untuk menuntut kembali dan mengusahakan semula ladang dan haiwan ternakan peninggalan keluarganya, maka tercetus permusuhan antara mereka berdua mengakibatkan persengketaan yang dipenuhi keganasan, permainan sihir dan godaan. Doña Bárbara nukilan terbaik Rómulo Gallegos yang menggabungkan kisah fantasi, pengembaraan dan cinta untuk tatapan pembaca.
Diterbitkan pada 1929. karya ini tidak pernah luput dek zaman malah merupakan antara karya terawal dalam penulisan fiksyen berunsur realisme magis yang kemudiannya menjadi inspirasi kepada penulis kontemporari kemudian hari seperti Gabriela Garcia Marquez dan Mario Vargas Llosa.