ISBN: 9789674305802
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Puisi Remaja
Keseluruhan puisi dalam buku ini mengemukakan pelbagai tema termasuk ketuhanan, alam, perpaduan, kemanusiaan dan tidak ketinggalan perjuangan bahasa Melayu itu sendiri.
Pelbagai bentuk puisi dipamerkan sama ada berbentuk puisi moden, puisi tradisional seperti pantun, gurindam, syair, seloka dan juga puisi yang begitu juga sesuai untuk dijadikan seni kata lagu untuk dinyanyikan. Juga terdapat beberapa puisi yang sangat sesuai untuk dipentaskan di arena seni deklamasi puisi.
Antaranya ialah puisi “Degup Pehalawan” yang mengungkap kisah perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air di Bukit Keping suatu masa dahulu. Ternyata buku puisi ini bakal memberi rangsangan terapi hati, minda dan mendidik jiwa pembaca yang memilikinya untuk manfaat bersama secara bacaan dalam hati mahupun pendengaran di halwa telinga.