Buku ini mengupas perkembangan politik dan hubungan antarabangsa di rantau Asia Pasifik sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua sehingga kini. Fokus perbincangan adalah bagaimana perubahan yang berlaku dalam struktur antarabangsa mempengaruhi perkembangan dan percaturan politik yang berlaku pada peringkat regional dan domestik. Asia Pasifik tidak bebas daripada perubahan yang berlaku pada peringkat struktur dalam era Perang Dingin. Adakah struktur unipolar yang terbentuk selepas runtuhnya Soviet Union dan berakhirnya Perang Dingin juga mempengaruhi politik Asia Pasifik? Adakah Asia Pasifik mengalami kesan yang sama atau berbeza dengan rantau lain dunia akibat daripada runtuhnya Soviet Union? Kenapa berlaku keadaan sedemikian? Ini adalah antara persoalan yang dikupas di dalam buku ini.
Buku ini sesuai dibaca oleh para pelajar, penganalisis politik antarabangsa, ahli sejarah, ekonomi, politik atau sesiapa sahaja yang berminat dalam memahami perkembangan yang berlaku di rantau Asia Pasifik.