Buku

Alegori: Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu

Penulis: Annabel Teh-Gallop, Din Choo Ming, Harun Mat Piah, Jelani Harun, Muhammad Haji Salleh, Muhammad Zainiy Uthman, Nisah Haron, T. Denisova, Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, Siti Radziah Mustafa, Badrolhisham Mohamad Tahir

ISBN: 9789672045052

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 150.00 / 150.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Buku ALEGORI: EKSPRESI SENI KONTEMPORARI BERASASKAN MANUSKRIP MELAYU ini merupakan usaha sama penerbitan antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Galeri PETRONAS.

Buku ini menghimpunkan koleksi esei tentang manuskrip Melayu yang mencerminkan pemikiran dan kebijaksanaan masyarakat Melayu serta sarat dengan panduan hidup dan mesej tersirat. Esei-esei yang terkandung dalam buku ini telah ditulis oleh 12 individu dari pelbagai latar belakang iaitu Annabel Teh-Gallop, Din Choo Ming, Harun Mat Piah, Jelani Harun, Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh, Profesor Muhammad Zainiy Uthman, Nisah Haron, T. Denisova, Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, Siti Radziah Mustafa, Badrolhisham Mohamad Tahir dan Muhammad Pauzi Abd Latif. Buku ini juga menghuraikan secara terperinci tentang subjek ilmu seperti ketatanegaraan, pembuatan dan persenjataan, pelayaran dan astronomi, amalan perubatan serta sejarah dan kesusasteraan. Buku ini turut dilengkapi dengan foto-foto karya seni, artifak dan manuskrip yang sekali gus memberikan keistimewaan kepada buku ini.