Buku

Tuhan, Bagaimana Untuk Aku Ada Perasaan?

Penulis: Faziliya Iliya

ISBN: 9789674604509

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Pesan Cikgu Norehan:

“Awak kena belajar hidup bermasyarakat. Kalau awak buat tak endah, nanti orang kata awak tak ada perasaan.”

Tuhan, aku pun tahu sedih. Aku juga manusia, mestilah ada perasaan.

Sejak sekian lama aku hanyut dalam dunia diamku, menyusup juga keinginan untuk tahu: “Mengapa aku sering sendirian? Mengapa aku terlalu bimbang berhadapan masyarakat dan persekitaran?”

Ini kisah Elis, remaja yang mencari keberanian dalam dirinya, setelah lama diam, dari dunia dalam.