ISBN: 9789674307851
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Kumpulan puisi ini ialah satu nukilan luahan hati yang bersarang sekian lama dalam jiwa penulis. Puisi-puisinya walaupun dihambat usia, namun masih segar berjiwa, penuh emosi yang mendekatkan dirinya kepada suami tercinta yang telah bersemadi di alam baqa. Setiap bait puisi yang terkandung dalam buku ini ibarat denyut nadi yang memberikan kekuatan penulis untuk terus tabah menempuh liku-liku hidup.
Sewajarnya, kumpulan puisi ini dijadikan inspirasi oleh khalayak pembaca untuk menyedarkan kebersamaan kita, manusia kerdil yang menyimpan secebis cinta milik Yang Empunya Kuasa.
Tuhanku,
kusahut perjodohan yang terlalu suntuk ini
sebagai pedoman kepada putera puteri kita
agar menyedari syafaat dan rahmat kekuasaan-Mu
“Luahan Kenangan”