Daripada Syarikat Hindia Timur hinggalah ke Google Inc. , terokai kisah-kisah menarik 50 syarikat gergasi dunia yang secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan sosial, ekonomi, dan sejarah masyarakat dunia dari beratus tahun dahulu.
Jonathan Mantle benar-benar menggarap kisah-kisah hebat ini dengan informasi yang tidak dijangka. Dari permulaan penyebaran berita hanya dengan menggunakan seekor burung merpati sehingga kepada bagaimana seorang ahli farmasi yang hanya mematenkan ubat ciptaan beliau yang bernilai 5 sen menjadi jenama terkemuka dunia.
Kisah-kisah 50 syarikat dunia ini bukan sahaja mengenai jatuh bangun mereka tetapi juga catatan sejarah tentang perkembangan dunia perdagangan dan kapitalisme.