ISBN: 9789674605810
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)
Suara Orang Berbangsa bukan herdikan, bukan raungan, bukan juga sorakan kerana orang berbangsa kata-katanya berkias, berterus-terang tetapi beralun lembut. Suara Orang Berbangsa tidak mengada-ada tetapi berada-ada, seperti tempua yang bersarang rendah. Suara Orang Berbangsa berkata benar, tidak sampai nanar, bukan seputar dirinya, tetapi yang mendunia pula sifatnya.
Suara Orang Berbangsa mengajak kita mencelikkan mata dan memutihkan hati, tentang kecintaan kepada negara dan bangsa, kepada budaya dan bahasa, agar akar dan asal mula yang mencerdikkan dan mentamadunkan kita - Melayu, Islam, dan bahasa - tidak cair lalu hanyut ditelan zaman.