ISBN: 9789674601621
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Umum, Bisnes & Pengurusan
Membentuk, membina, ataupun mempertahankan imej perniagaan bukanlah usaha satu atau dua bulan. Kita memerlukan waktu yang panjang bagi menyatukan visi dan misi sesuai dengan imej perniagaan yang ingin dibina. Buku ini mengandungi pelbagai kisah benar para usahawan dengan pelbagai idea dan kreativiti bagi memberi inspirasi yang membentuk imej kejayaan. Bacalah buku ini dan bersiap sedia melangkah ke arah populariti tertinggi dengan cara yang efektif.