Buku

Siri Ilmiah APM-ITBM: Simbol dan Makna dalam Pantun Melayu

Penulis: Eizah Mat Hussain

ISBN: 9789674608255

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Beli e-Buku:

Google

Pantun yang terpilih daripada koleksi Pantun Melayu Bingkisan Permata (2007) ini dianalisis menggunakan pendekatan Puitika Sastera Melayu yang telah diperkenalkan oleh Dr. Muhammad Haji Salleh. Dua ciri keindahan pantun yang diambil daripada pendekatan Puitika Sastera Melayu, iaitu dunia yang dipadatkan dan kiasan dan saranan dianalisis melalui simbol tumbuhan dan haiwan yang diungkapkan dalam pantun. Melalui analisis simbol tumbuhan dan haiwan yang diungkapkan dalam pantun, jelas menggambarkan nilai keindahan yang wujud dalam pantun Melayu.

Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh penulis mendapati, bahawa Puitika Sastera Melayu yang diubah suai untuk menganalisis pantun berdasarkan simbol yang diungkapkan dalam pantun amat sesuai diaplikasikan bagi melihat keindahan pantun. Melalui simbol yang diungkapkan dalam pantun yang mempunyai makna yang tersurat dan tersirat dalam menyampaikan makna pantun itulah yang memberikan nilai keindahan kepada pantun.

Harapan dan cadangan penulis agar penerapan dan penggunaan Puitika Sastera Melayu ini terutamanya prinsip “Yang Indah-indah: Estetika Sastera Melayu” diperkembang oleh pengkaji dan pengkritik sastera yang lain dengan mengambil simbol lain seperti warna, anggota badan, alam kosmologi, nama tempat, dan lain-lain.