Buku

Siri Fokus Sains ITNM: Genetik

Penulis: Anna Claybourne

ISBN: 9789830686646

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Sains

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

- Apakah planet yang terletak paling hampir dengan Matahari?
- Apakah fingsi ginjal anda?
- Bagaimanakah MP3 berfungsi?
- Apakah cuaca yang dibawa oleh sesuatu jenis awan?
- Mengapakah warna anak mata begitu?
- Berapa lamakah sumber Bumi mampu bertahan?

SIRI FOKUS SAINS ITNM ialah siri asas sains yang menjawab semua soalan ini. Ia memberikan pengenalan yang jelas tentang topik yang ingin dipaparkan dan merupakan sumber rujukan mudah untuk penyelidikan. Teksnya yang ditulis dengan kemas dan teratur juga dihiasi dengan gambar dan rajah berwarna yang besar. Kotak Fokus Fakta dan Fokus Sejarah yang memaparkan maklumat tambahan serta kotak Fokus Bukti yang mengandungi cadangan aktiviti penyiasatan praktikal turut dimuatkan dalam buku ini.

GENETIK menyelidik satu daripada cabang sains yang paling pesat membangun dengan topik yang memberikan kesan kepada kita semua, seperti:

- apa itu DNA pengecaman jari dan mengapa ia dilaksanakan
- adakah kejuruteraan genetik selamat dan ‘mereka kehidupan’ mampu membawakan kebaikan yang tidak dijelaskan atau membawa malapetaka besar-besaran.
- bagaimana pengkaji menangani penyakit genetik dan peningkatan penggunaan perubatan secara biokejuruteraan