Kisah ini menceritakan tentang Sinbad, watak kelasi fiksyen dari Basrah semasa pemerintahan Khalifah Abbasiyah. Sinbad pada mulanya ialah seorang lelaki muda yang sangat miskin. Dia terpaksa meminjam wang daripada beberapa orang sahabatnya untuk membeli barang keperluan. Dia kemudiannya membuat keputusan pergi belayar dengan harapan untuk memperoleh kekayaan. Sepanjang pelayarannya merentasi laut di timur Afrika dan selatan Asia, dia menempuh pelbagai pengembaraan yang menakjubkan dengan mengunjungi tempat yang ajaib, berhadapan dengan pelbagai raksasa dan bertembung dengan fenomena yang luar biasa.