ISBN: 9789674300500
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Novel Kanak-kanak
Siapa Jadi Bendahara mengisahkan Tun Ali yang mula mabuk kuasa ketika awal zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Pada mulanya dia berhendakkan jawatan Seri Nara Diraja dan selepas itu beliau menginginkan jawatan Bendahara pula. Ada beberapa faktor yang membolehkan dia mendapatkan jawatan Seri Nara Diraja, iaitu kerana baginda sultan berasa terhutang budi kepadanya. Tun Perpatih Sedang yang memegang jawatan Bendahara pula dijumpai mati dan dipercayai telah diracun. Siapa yang jadi pembunuhnya menjadi tanda tanya. Sebelum itu, Tun Alilah yang tergila-gilakan jawatan itu. Jadi, siapakah pembunuh sebenar Bendahara dan siapa pula yang menjadi penggantinya?