Buku

Seluas-luas Dan Setenang-tenangnya

Penulis: Arbak Othman

ISBN: 9789674303747

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Kumpulan Puisi: Seluas-Luas dan Setenang-Tenangnya menghimpunkan 87 buah puisi nukilan Arbak Othman yang dihasilkannya sejak dekad 1990-an hinggalah dekad terkini.

Sebahagian besar sajaknya mengetengahkan pemikiran tentang perjuangan Islam, bahasa, tradisi, keperibadian diri, adab, serta kritikan sosial. Kerana beliau ahli linguistik, pemikiran-pemikiran itu dilontarkannya lewat bahasa yang indah, jelas, kemas, dan lancar; kerana beliau juga bahasawan-sasterawan pemikir, beliau memanfaatkan imej-imej tertentu selain menyulam kata-kata yang dalam maksudnya untuk mengajak khalayak pembaca sama-sama mengasah kebestarian mereka dalam menanggapi maksud sajak-sajak yang dihasilkannya.

Dengan menghayati sajak-sajak dalam Kumpulan Puisi: Seluas-Luas dan Setenang-Tenangnya ini, akan kita dapati betapa insan bernama Arbak Othman ini sangat mengasihi agamanya, sangat mengagumi bahasanya, serta sangat akrab dengan bangsa dan budayanya; hingga demikian, jika khalayak pembaca ikhlas hendak membaiki diri, pasti mereka bersedia untuk mengangkat yang wajar, membenamkan yang tidak wajar, bersama-sama dengannya.