ISBN: 9789674306076
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Penulis cuba untuk merakamkan kegelisahan hati tentang kehidupan, kesakitan, penderitaan dan penindasan moral di persekitaran. Penulis tidak menggunakan bahasa yang pelik untuk menyampaikan maksud puisi ini. Segalanya mudah dihadam atas dasar kepercayaan, semua orang harus menikmati karya ini semudah mungkin walaupun isinya membincangkan sesuatu yang serius dan besar.
Menghimpunkan 75 buah puisi yang pernah ditulis semenjak tahun 2008 hingga 2014, penulis membahagikan kumpulan puisi pertamanya ini kepada dua bahagian iaitu, Melihat Mereka dan Melihat Aku. Jelas bahawa, melalui buku ini penulis menggambarkan puisi bukanlah semata-mata suatu keindahan yang merdu untuk didengar. Pada saatnya, puisi menjelma bagai air dingin yang memercik di tengah-tengah gurun yang tandus, menjadi api yang membakar semangat atau seperti ribuan anak panah yang menancap di medan perang. Bagaimanapun, puisi bukanlah segala-galanya untuk diagung-agungkan. Puisi tetap bahasa manusia dengan segala keterbatasan.