Buku

Sebuah Travelog: Jalan-Jalan Tanah Seberang

Penulis: Rossem

ISBN: 9789674602987

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Travelog

Beli Dalam Talian:

Kita sering menemui catatan pengembaraan yang dirakamkan dalam bentuk tulisan dan dibantu dengan fotografi menarik. Sebuah Travelog: Jalan-Jalan Tanah Seberang berbeza dengan travelog yang pernah anda temui kerana Rossem seorang kartunis popular tanah air merakamkan travelognya dengan bakat yang dimiliki iaitu dalam bentuk lakaran dan juga catatan. Membaca travelog ini seolah-olah Rossem bercerita secara langsung dengan anda mengenai sesuatu tempat yang dilawatinya. Melalui lakarannya anda dapat membayangkan panaroma menarik dan bersejarah selain budaya unik yang ditemui Rossem sepanjang perjalanannya. Sebuah Travelog: Jalan-Jalan Tanah Seberang bukan sekadar coretan cerita perjalanan seorang kartunis tetapi ia juga cerita persahabatan rakyat dua buah negara serumpun yang terpisah oleh geografi dan sempadan politik.