ISBN: 9789670798745
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Kumpulan Esei
Buku ini menghimpunkan nama-nama besar dalam sejarah pertumbuhan dan perkembangan sastera Melayu zaman moden dan pascamoden. Ia membicarakan kepengarangan Sasterawan Negara tanah air. Mana Sikana menggunakan Teori Teksdealisme, yang tujahan teoretisnya adalah untuk melihat idealisme, subjektiviti, identiti dan ciri-ciri kepengarangan. Ada analisis yang bertolak daripada sejarah penulisan dan kepengarangan seseorang Sasterawan Negara dan ada juga yang berdasarkan teks-teks pilihan bagi memperlihatkan pengukuhan, pelanggaran dan individualisme Sasterawan Negara itu. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, fokus kajian menumpukan aspek kepengarangan bagi memperlihatkan sifat keunggulan yang dicapai oleh seseorang itu.
Dengan adanya buku ini, diharapkan masyarakat dan warga Malaysia seluruhnya dapat mengenali Sasterawan Negara mereka, dan mengetahui kekuatan dan keistimewaan pengkaryaan mereka sehingga diberi gelaran tertinggi sebagai Sasterawan Negara.