Buku

Sarjana Bangsa

Penulis: Hasanuddin Md Isa

ISBN: 9789670869735

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Cendekiawan ibarat recik api yang membunga api daripada batu yang bertabrakan. Mereka menjagakan fikiran yang lena, mereka merangsang semangat kebangkitan, mereka membangkitkan kesedaran dalam suatu zaman yang beku. Mereka menderaskan aliran darah yang lembam dan beku dalam urat nadi rakyat dalam fikiran masyarakat, dalam agama turunan Ilahi dan dalam aneka upacara. Mereka hadir untuk mengubah jalan sejarah dan mengarahkannya ke tujuan berbeza. Mereka menjadi penguasa, pencipta, dan pembangun masyarakat yang jauh lebih baik daripada sebelumnya. Dalam sejarah ketamadunan Yunani, Mesopotamia, Inca, Hwang Ho, dan tamadun itu. Maka kita di sini, harus berada pada landasan ilmu demikian andai menginginkan negara-negara kita berdiri sama tinggi dengan negara maju.

Demikianlah Sarjana Bangsa, lewat Muhammad Isyraf Eilmy, yang melihat kekuatan bangsa dan negara pada mantap dan kukuhnya ilmu, pada cerdasnya mata fikir, dan pada cekapnya gerak hati mengawal selekoh tajam nafsu. Sebagai penyalur ilmu, dia mencirikan dirinya dengan suatu sifat – harus teguh pendirian. Dapat kita simpulkan daripada kesungguhan dan sifat teguh pendiriannya betapa masyarakat hanya dapat dibangunkan dan berdiri searas dengan bangsa bertamadun yang lain apabila setiap individu dalam masyarakat itu memiliki kecintaan mendalam terhadap ilmu dan yang lebih penting menghayati ajaran agamanya (Islam).