ISBN: 9789674304553
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Sadang menyingkap kehidupan seorang gadis India bernama Manju bersama-sama dengan adik-beradik dan ibunya di sebuah ladang getah untuk sementara waktu kerana ayahnya mendapat kontrak di Johor. Ayahnya berjanji akan membawa mereka sekeluarga tinggal bersama apabila segala urusan sudah selesai.
Manju memulakan hidup baharu di ladang getah yang sungguh unik dan istimewa itu. Kehidupan di situ jauh berbeza daripada kehidupan sebelumnya. Keadaan ini membuka minda Manju terhadap budaya dan cara hidup yang berlainan melalui kawan-kawannya yang berbangsa Melayu dan Cina yang tinggal di sekitar ladang getah itu. Namun demikian, ketika Manju mula berasa seronok hidup di situ dia terpaksa berpindah kerana urusan bapanya di bandar sudah selesai.