ISBN: 9789674306656
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)
“Bangkit semua. Ayuh, kita sama-sama berganding bahu membangunkan negeri kita, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kita punya tanggungjawab masing-masing. Ayuh, bangkit! - Ratu Ijau
”Orang Melayu memerlukan semangat. Negeri ini juga memerlukan semangat.” - Ratu Biru
“Patani ini adalah sebuah negeri bebas. Kita negeri bebas.” - Ratu Ungu
Ini semua harta beta dan harta ini semuanya beta jadikan sebagai harta raja.” - Ratu Kuning
Tanah Patani yang bertuah sering sahaja dilanda pergolakan dari dalam dan luar. Ayutthaya tiada berhenti menuntut kekuasaan ke atas Patani, api perang tidak pernah padam antara Johor-Patani, manakala negeri kecil yang lain seperti Ligor dan Phatthalung juga menaruh minat untuk menakluki Patani. Belanda, Portugis dan Inggeris pula menunggu gajah-gajah besar ini berlaga sambil mengintai kuasa dan peluang.
Ratu-ratu Patani bertualang membela kebaikan dan menjaga negeri mereka. Dengan membina Kubu Petang Biru dan menukang semula Meriam Nang Liu-liu, mereka cuba untuk mengukuhkan pemerintahan di negeri Patani. Dapatkah Ratu-ratu Patani melindungi kedaulatannya serta menghalang kobaran api perang daripada tercetus dan membinasakan negeri mereka? Bagaimanakah nasib Patani pada akhirnya? Mungkinkah Patani bergelar negeri yang bebas merdeka seperti cita-cita yang terkandung di relung jiwa mereka?
Sebuah kisah sejarah perang negeri Patani yang penuh debar dan air mata. Novel Ratu-ratu Patani tulisan Isma Ae Mohamad ini pasti menggetarkan hati pembaca yang ingin mengikuti sejarah Patani pada era kegemilangan Ratu-ratu Pelangi.