Buku

Psikosomatik yang Menyala

Penulis: Malim Ghozali PK

ISBN: 9789674605407

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 33.00 / 38.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Kumpulan Esei

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

MALIM GHOZALI PK begitu sinonim dengan penulisan puisi, cerpen, novel, skrip filem dan isu-isu sosiobudaya. Beliau turut mewarnai persada sastera tanah air dengan esei dan rencana sastera untuk tujuan pembentangan dalam sesuatu bengkel atau seminar, juga untuk ruangan-ruangan sastera di akhbar dan majalah. Psikosomatik yang Menyala menghimpunkan 20 buah esei dan rencana seputar susastera yang menyaksikan kepedulian Malim terhadap hal-hal yang melingkari dirinya dan dunia sastera.

Kumpulan esei ini mengandungi tulisan-tulisan beliau dari tahun 2007 hingga 2016 - sekitar sembilan tahun - kecuali sebuah rencana yang tersiar dalam majalah Dewan Sastera, Mei 1986.

Isu-isu yang dihidangkan turut memperagakan sudut pandang yang pelbagai sama ada menyoroti karya-karya para sasterawan, baik puisi, cerpen, dan novel mahupun menyuarakan kejengkelan apabila karyanya sendiri diberikan tafsiran yang tidak adil seperti dalam rencana “Cerpen Sayang Ottawa Sungainya Sejuk Diragukan Keasliannya”.

Hal-hal yang diungkapkan oleh penulis merupakan jambatan kepada masa silam. Seperti kata Malim, “Sebuah kampung, sawah, ladang, jeti, denai atau sebuah rumah tua di hujung desa yang dilukiskan oleh pengarang dalam cerpen, novel atau sajaknya barangkali sudah tidak wujud lagi. Di tapaknya sudah tumbuh taman perumahan, sekolah atau pasar awam.”

Kumpulan Esei Pilihan: Psikosomatik yang Menyala ini merupakan manifestasi kepada semua itu.