ISBN: 9789674607371
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Kumpulan Esei, Umum
Mencari bagaimana media sosial memberi kesan kepada penciptaan karya sastera? Anda akan menemukan jawapannya di dalam buku ini. Esei-esei dalam buku ini mengupas secara jelas dan sistematik kesan media sosial ke atas penciptaan karya sastera khususnya novel popular melayu. Media sosial merupakan sejenis media yang berasaskan kepada teknologi komputer yang memberi peluang kepada penggunanya untuk melihat, berkongsi dan mencipta maklumat, idea dan segala bentuk maklumat tentang sesuatu melalui jaringan dan komuniti maya.
Dengan menggunakan pelbagai jenis media sosial seperti blog beberapa pengarang novel popular melayu telah mencipta novel mereka. Mereka telah menjadikan bolg sebagai satu penerbitan sosial interaktif melalui satu proses kreatif digital yang dikenali sebagai proses kreatif keterlibatan. Melalui proses kreatif keterlibatan, pengarang-pengarang novel popular melayu seperti evelyn rose dan umie nadzimah telah mengundang para pembaca untuk menjadi penulis bersama bagi menghasilkan novel-novel mereka.
Proses kreatif ini juga merupakan satu proses pemasaran digital di mana pemasaran novel-novel berkenaan telah pun bermula semenjak karya-karya tersebut dalam peringkat penciptaannya. Proses kreatif keterlibatan dan pemasaran digital juga berkaitan dengan pemasaran neuro (neuromarketing) di mana para pembaca telah memperlihatkan respon kognitif dan efektif mereka terhadap rangsangan pemasaran (marketing stimuli) yang dikemukakan oleh pengarang.