Buku

Politik Perspektif Islam (Siyasah Syar’iyyah)

Penulis: Yazid Haji Maarof, Mohamad Kamil Ab Majid

ISBN: 9789674608293

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 60.00 / 65.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Beli e-Buku:

Google

Umat Islam di negara-negara Islam hari ini sedang bergelut dengan masalah sosiopolitik yang memberikan impak negatif kepada umat dan negara Islam seluruhnya. Buku ini membicarakan tanggungjawab pemimpin dan rakyat dalam pelaksanaan amanah Allah S.W.T untuk mentadbirkan negara menurut al-Quran dan sunah atau disebut siyasah syar’iyyah yang pernah membina tamadun Islam selama 800 tahun sehingga tumbangnya kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 1924. Berjaya atau tidaknya sesebuah kerajaan Islam itu amat berkait rapat dengan modal insan pemimpin dan rakyatnya. Oleh itu, buku ini cuba untuk mengutarakan konsep asas sistem politik Islam (siyasah syar’iyyah) dan metodologi pembentukan negara Islam. Selain itu, buku ini memberikan kesedaran kepada pemimpin dan rakyat tentang tugas dan tanggungjawab bersama antara mereka demi mendaulatkan negara Islam bagi menggantikan sistem politik konvensional yang telah lama bertapak.

Buku ini memberikan fokus terhadap falsafah siyasah syar’iyyah yang berbeza daripada ideologi dan amalan politik konvensional. Oleh sebab pendekatannya bersumberkan wahyu, maka ia bercirikan intelektual, amanah, adil, rasional, sistematik, mesra, dan keterbukaan. Maka buku ini sesuai dijadikan khazanah rujukan yang berasaskan syariat Islam dan sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat.