ISBN: 9789830689593
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Dia kembali dari Tanah Hijaz ke Padang Rombakan dengan keazaman membangunkan semula pemondokan warisan Tok Ayahnya dengan caranya yang tersendiri. Namun, niatnya ditentang oleh bakanya, ahli keluarga terakrab. Dia dituduh sesat dan memesongkan orang kampung.
Bagia Shaif menerima semuanya dengan senyuman. Dia tidak gentar dengan cabaran, ugutan dan fitnah yang tidak menentu. Dia hanya mahu menyebarkan ilmu dan memimpin mereka yang belum terpimpin.
Siapakah yang sebenarnya dicabar dan tercabar?
Semuanya di dalam PEWARIS.