Buku ini memaparkan analogi zaman moden terhadap Seni Peperangan yang meliputi strategi perniagaan yang sama seperti strategi Sun Tzu, Machiavelli mahupun Clausewitz. Ini termasuklah perancangan untuk mengganggu gugat persaingan seperti mengenal pasti dan mencipta peluang, meraih keupayaan untuk mengganggu gugat persaingan melalui pembinaan keupayaan yang fleksibel dan mengamalkan taktik untuk mengganggu gugat persaingan menerusi tindakan membentuk atau mempengaruhi arah dan sifat pesaing dalam bertindak balas.
Mana-mana syarikat atau organisasi yang banyak terlibat dalam persaingan akan mendapati buku ini amat berguna terutamanya daripada rangka kerja yang ditunjukkan. Selain memaparkan tentang persaingan, buku ini turut memberikan pengertian tentang faktor persaingan itu sendiri dan penyelesaiannya. Semakin banyak implikasi yang dipertimbangkan maka semakin tinggilah kesedaran yang akan dirasakan tentang betapa perlunya kemahiran perniagaan diterap dan digunakan.