ISBN: 9789670892757
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 45.00 / 50.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Pendidikan, Kanak-kanak, Umum
Permata Bilik Darjah - idea yang memberikan ilham untuk bilik darjah sekolah rendah. Ditulis untuk guru yang sentiasa sibuk. Siri ini menghimpunkan pelbagai pilihan idea, permainan dan aktiviti praktikal, yang teruji dan sedia ada, serta dijamin akan mengubah apa sahaja bentuk pembelajaran atau bilik darjah dengan segera. Mudah difahami, dan anda boleh memilih aktiviti yang tepat dengan cepat dan mudah.
Sumber yang tidak ternilai ini tentu sekali menjimatkan masa anda dan merupakan alat bantu yang perlu ada untuk merancang, menyediakan dan menyampaikan pelajaran yang terbaik. Permainan, Idea Dan Aktiviti Untuk Pendidikan Peribadi, Sosial Dan Kesihatan (PPSK) utama menyediakan 150 idea, permainan dan aktiviti bagi membantu dan menyokong pengajaran ppsk dengan cara yang menyeronokkan dan menarik.
Objektif pembelajaran yang dikenal pasti untuk setiap aktiviti akan membantu guru sekolah rendah dengan pelbagai pengalaman yang menggabungkan aktiviti dalam perancangan pelajaran mereka. Buku ini menggalakkan kreativiti dan inovasi dengan memperkenalkan cara baharu untuk memikirkan dan merancang pelajaran PSSK anda.
Sebuah buku ringkasan idea, permainan dan aktiviti yang berguna dalam pelajaran bagi membantu dalam memenuhi objektif untuk PPSK TU1 & TU2, teks ini menyediakan:
* Arahan yang mudah diikuti dan membolehkan anda memahami dengan cepat perkara yang dilakukan
* Idea yang menggalakkan dan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk memikirkan tindakan mereka sendiri dalam konteks PPSK
* Pautan merentas kurikulum untuk mata pelajaran lain
* Beberapa sumber tambahan dan hanya sedikit persediaan diperkukan - mudah disesuaikan dengan jadual yang sibuk idea segera untuk menceriakan bilik darjah anda!